Friday, 16 March 2012
BENARKAH KIAAMAT PADA TAHUN 2012?
Assalamualaikum,semua.Pernahkah anda menonton filem barat yang bertajuk "2012"? Sekiranya anda pernah menonton filem itu ialah mengenai sekumpulan ahli arkeologi telah mengkaji tentang kalendar kaum Maya.Mereka mendapati bahawa kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012.Percayakah anda tentang ramalan itu? Bagi saya,itu hanya ramalan karut semata-mata.Tiada sesiapapun di dunia ini walaupun dia presiden,perdana menteri bahkan ahli agama pun tidak mengetahui tentang kiamat.Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui tentang kiamat.Sebelum saya menulis catatan ini,saya menonton satu rancangan ilmiah iaitu "HALAQAH" di TV9.Tetamunya pada hari itu ialah Prof. Dr. Danial Zainal Abidin.Beliau mengatakan bahawa mungkin kalendar tamat pada hari itu dan mungkin perlu ditukar kepada kalendar yang baru.Saya tidak mempercayai tentag apa yang dikatakan dalam filem tersebut.Terpulanglah kepada anda untuk mempercayainya atau tidak.Tetapi kepada umat ISLAM tidak patut mempercayainya.Sekian,assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAHNIAH! Teruskan menulis tentang fakta2 ilmiah begini.....
ReplyDelete